Wednesday, 22 February 2012

..................................



Kehidupan nie tak smudah yg kita jangka.. Tiap yg kita lalui akan terpatri menjadi memori2 yg sukar tuk dilupakn. Ada yg manis dan ada yg pahit.. Apatah lagi melodi indah percintaan yg sememangnya tidak akan pernah dilupakn walaupun sampai bila2.

Cinta adalah apabila kita menerima seseorang itu apa adanya.. Cinta tidak pernah memilih, tapi manusia yg seringkali menjadikan cinta itu pilihan. Baik dan buruk cinta itu ditentukan oleh org itu sendiri.

Cinta itu indah.. cinta itu bahagia.. Cinta adalah segala-galanya.. tetapi akankah cinta bersama kita sampai akhirnya??


Cinta selalunya datang dan pergi.. waku cinta itu datang.. ermm bahagia bagai dunia milik kita berdua. Tapi bila cinta itu pergi rasanya bagai nak mati..Betulkan??  Manusia sanggup buat apa saja demi cinta.. Tak kisah lah walau terpaksa melukakan hati insan lain. Asalkan cinta itu milik mereka...

Haruskah cinta disalahkan bila kita gagal dlm hubungan?? Haruskah cinta disalahkan apabila kita ditinggalkan?? Selalunya cinta dan manusia saling berkaitan. Manusia takkan dapat lari dari cinta.. Kemana saja kita pergi pasti disitu akan wujudnya cinta..

Bak kata org cinta nie ada dimana saja... ermmm.... Ada cinta adalah janji... Janji yg kadangkala akhirnya akan mengecewakan kita.. Bila janji dikhianati maka cinta sudah tidak bermakna lagi.


Air mata yang akan menjadi peneman setia dikala diri dilanda kedukaan. Dikala diri dilanda sepi air mata juga yg akan hadir dan menemani. Tetapi...sayangnya air mata itu tidak bisa berbicara dan memujuk sepertimana yg dilakukan oleh si kekasih... cinta dan airmata semuanya saling berkaitan...

................................................






Wednesday, 1 February 2012

~ Inilah Cinta ~

Aku menangis bukan kerana aku memerlukanmu, bukan kerana aku mahu kau kembali padaku tetapi kerana aku akhirnya menyedari aku terpaksa belajar untuk melepaskan kau pergi.

Aku akhirnya dapat menerima perpisahan kita dan benar-benar percaya bahawa aku dapat hidup tanpa kamu. Aku akhirnya dapat menerima tragedi cinta kita. Kemudian kau tersenyum padaku dan merosakkan segala-galanya. Aku tewas dan jatuh cinta sekali lagi padamu!

Soal hati tiada undang-undang apatah lagi paksaan.

Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta.

Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.

Orang yang putus cinta seringkali berakhir dengan air mata.



Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang yang putus talinya.

Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh.Manusia hanya merancang tapi tuhan yang menentukan jodoh kita.

Sejauh dan sedalam manapun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak terbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.

Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.

Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita menyintai diri orang lain.Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak mencintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.

Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.